Cari Blog Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

RAHSIA NETWORKER

5 Tip Wujudkan Zon Kerja Selesa Di Rumah.



Bekerja dari rumah tidak sama dengan pejabat. Di rumah andalah bos, andalah pekerja. Disiplin diri sangat perlu supaya anda dapat laksanakan tugas harian dan mencapai matlamat anda sendiri untuk berjaya.

Seperti saya sendiri, pengalaman bekerja sepenuhnya dari rumah memang sangat menuntut saya untuk menyediakan 'space' atau ruangan saya sendiri.

Jadi, amatlah penting bagi anda memastikan ‘ zon kerja’ anda dalam keadaan tersusun kerana persekitaran tempat kerja memainkan semangat & motivasi untuk bekerja.

Untuk memastikan anda dapat bekerja dengan lebih efisyen di rumah, anda perlu mempunyai satu sudut khusus yang diperuntukkan untuk anda melakukan kerja-kerja anda di rumah.

Hadkan sempadan kawasan bekerja anda & pastikan kawasan ini tidak diganggu oleh anak-anak. Bagi yang mendiami rumah besar, contohnya rumah 2 tingkat anda boleh menjadikan bilik sebagai Home Office anda.

Seeloknya gunakan bilik yang berada di tingkat bawah supaya mudah untuk anda membuat kerja sambil memantau aktiviti anak-anak kerana kebanyakkan waktu siang dihabiskan di tingkat bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan